CADANGAN 2

CADANGAN

BGROUND

cuba

Permata Negara Slideshow: Cikgu’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Info Penting....

 

 

Selamat Datang

Selamat Meneruskan Pengajian
di UPSI 2011

Selamat bercuti kepada semua pelajar SKGJI
mulai 19 NOV 2011

Jangan lupa ulangkaji di rumah
Ilmu Pelita Hati

Masa Itu Emas
Jumpa nanti

tahun 2012

Selamat Tahun Baru

 

 

26 November 2011

Keselamatan anak didikku

(i) Dapur 

1. Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
2. Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat
3. Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur
4. Lap semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai  

(ii) Ruang belajar

1. Susun perabot jauh dari tingkap  
2. Pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca 

(iii) Bilik air 

1. Pastikan lantai bilik air bersih dan tidak licin 
2. Tutup bekas takungan air atau kolah mandi 
3. Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air 

(iv) Kawasan permainan 

1. Ketinggian alat-alat permainan tidak melebihi 2.8 meter 
2. Kedudukan alat-alat permainan mesti tidak kurang dari 4.2 meter di antara satu dengan yang lain 
3. Pastikan tiada benda tajam yang menonjol 
4. Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan 
5. Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik

    23 November 2011

    Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


    Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.

    Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
    bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
    peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

    Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
    nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.

    ABC

    Doa-doa Harian