Kanak-kanak sangat suka mendengar cerita dan dari cerita, kanak-kanak belajar memahami hidup dan mendapat perbendaharaan kata baru. Biasanya kanak-kanak akan mendengar dan menghayati cerita guru dan kemudian akan menceritakan kembali kepada ibu bapa, saudara dan kawan-kawannya yang lain. Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa cerita memberi kesan kepada kehidupan manusia. Oleh itu guru haruslah memilih cerita-cerita mengenai Islam seperti kisah-kisah nabi dan para sahabat, serta cerita-cerita yang mempunyai tauladan yang baik. Selain itu, guru juga harus memilih dan mempertimbangkan beberapa kriteria cerita yang senang difahami oleh kanak-kanak seperti berikut:
a. Mempunyai jalan cerita yang mudah dan senang difahami oleh kanak-kanak.Fokus kepada satu peristiwa penting sahaja supaya kanak-kanak dapat bersama dalam cerita tersebut
b. Mengandungi unsur suspen untuk menimbulkan rasa ingin tahu kanak-kanak.
c. Mengandungi perulangan rima dan frasa yang menarik supaya senang kanak-kanak mengingatinya dan menimbulkan rasa seronok.
d. Bahasa yang mudah tetapi menarik
e. Mengandungi pengajaran agama serta dapat memupuk unsur-unsur moral yang baik
f. Watak yang tidak terlalu ramai, serta mudah difahami oleh kanak-kanak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan