CADANGAN 2

CADANGAN

BGROUND

cuba

Permata Negara Slideshow: Cikgu’s trip to Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Lumpur slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Info Penting....

 

 

Selamat Datang

Selamat Meneruskan Pengajian
di UPSI 2011

Selamat bercuti kepada semua pelajar SKGJI
mulai 19 NOV 2011

Jangan lupa ulangkaji di rumah
Ilmu Pelita Hati

Masa Itu Emas
Jumpa nanti

tahun 2012

Selamat Tahun Baru

 

 

26 November 2011

Keselamatan anak didikku

(i) Dapur 

1. Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
2. Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat
3. Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur
4. Lap semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai  

(ii) Ruang belajar

1. Susun perabot jauh dari tingkap  
2. Pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca 

(iii) Bilik air 

1. Pastikan lantai bilik air bersih dan tidak licin 
2. Tutup bekas takungan air atau kolah mandi 
3. Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air 

(iv) Kawasan permainan 

1. Ketinggian alat-alat permainan tidak melebihi 2.8 meter 
2. Kedudukan alat-alat permainan mesti tidak kurang dari 4.2 meter di antara satu dengan yang lain 
3. Pastikan tiada benda tajam yang menonjol 
4. Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan 
5. Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik

    23 November 2011

    Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan


    Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.

    Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
    bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
    peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.

    Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
    nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak.

    17 November 2011

    HARI -HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN













    Petua Pelajar Cemerlang




    Petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
      • kita ingat 10% apa yang dibaca
      • kita ingat 20% apa yang didengar
      • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
      • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
      • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
      • pastikan cahaya adalah terang
      • kurangkan gangguan bunyi
      • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
      • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
      • kerusi dan meja menghadap kiblat
      • jangan lupa untuk senyum
    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
    8. Tahu teknik merangsang memori:
      • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
      • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
      • mengingat kembali (recall)
      • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
    9. Sentiasa awal dan mendahului:
      • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
      • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
      • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
      • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
    10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
      • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
      • memberikan tumpuan sepanuhnya
      • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
      • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
    14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
    22. Tahu petua mengulang kaji:
      • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
      • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
      • duduk tegak dikerusi yang selesa
      • baca doa penerang hati
      • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
      • fikir dan ingat kembali isi utama
      • catat/lakar
      • semak semula ketepatan maklumat
      • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
      • buat rumusan
      • jawab soalan
      • tampal maklumat yang rumit di dinding
      • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
      • jangan makan kepala ikan
      • jangan makan organ dalaman
      • jangan minum semasa makan
      • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
      • jangan melihat kemaluan
      • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
      • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
      • banyakkan makan kekacang
      • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
      • jangan makan sehingga terlalu kenyang
      • jangan kencing berdiri
    25. Tahu kemahiran mengingat:
      • tampal nota-nota penting di dinding
      • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
      • gunakan kaedah akronim
      • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
      • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
    26. Cekap mengatur jadual belajar:
      • mempunyai jadual belajar
      • patuh kepada jadual
      • buat jadual yang boleh diikuti
    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
    32. Pelbagaikan tempat belajar.
    33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
    34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
    35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
      • taat kepada Allah
      • mendirikan sembahyang
      • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
      • hormati & sayangi guru
      • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
      • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
      • membantu rakan yang memerlukan
      • berdoa dan bersyukur kepada Allah
      • sentiasa bertawakal
      • mahir dalam setiap mata pelajaran
    Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

    16 November 2011

    Bermula di sini......


    Akta Pendidikan 1996 telah memberikan beberapa implikasi yang sangat penting. Antaranya adalah pengiktirafan kuwujudan pendidikan prasekolah yang membuka peluang anak-anak mendapat tawaran tempat menimba ilmu serta peruntukan kewangan yang secukupnya. Sekitar tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi menggariskan panduan kepada semua prasekolah KPM dan swasta. Tidak cukup dengan itu KPM menyediakan kursus dan latihan bagi menjamin keberkesanan pendidikan prasekolah.

    Kanak-kanak 6 tahun wajib mendapat pendidikan rendah. Permulaan secara berperingkat telah dilaksanakan bagi pelajar Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Berbagai-bagai perkara telah dijalankan bagi menarik penyertaan pelajar termasuk pelajar asli, kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak. Antaranya dengan mewujudkan program orientasi alam sekolah, mengatasi masalah keciciran di peringkat awal dan mengenakan denda jika pelajar tidak menyertai pendidikan rendah ini.

    lilin...penuh dengan pengertian

    15 November 2011

    Jamuan Akhir Tahun Prasekolah 2011

    En Rosli, Guru Besar SKGJI turut memeriahkan suasana jamuan akhir tahun di KFC Gopeng....


    dan turut dibantu oleh barisan rakan-rakan yang terlibat dengan pelajar Prasekolah


    Bertempat di......KFC Gopeng


    Sedap !!! sehingga menjilat jari........




    Ilmu....sepanjang hayat

    14 November 2011

    Bahan bacaan kanak-kanak di pasaran





    Bercerita:

    Kanak-kanak sangat suka mendengar cerita dan dari cerita, kanak-kanak belajar memahami hidup dan mendapat perbendaharaan kata baru. Biasanya kanak-kanak akan mendengar dan menghayati cerita guru dan kemudian akan menceritakan kembali kepada ibu bapa, saudara dan kawan-kawannya yang lain. Beberapa penyelidikan telah membuktikan bahawa cerita memberi kesan kepada kehidupan manusia. Oleh itu guru haruslah memilih cerita-cerita mengenai Islam seperti kisah-kisah nabi dan para sahabat, serta  cerita-cerita yang mempunyai tauladan yang baik. Selain itu, guru juga harus memilih dan mempertimbangkan beberapa kriteria cerita yang senang difahami oleh kanak-kanak seperti berikut:

    a. Mempunyai jalan cerita yang mudah dan senang difahami oleh kanak-kanak.Fokus kepada satu peristiwa penting sahaja supaya kanak-kanak dapat bersama dalam cerita tersebut
    b. Mengandungi unsur suspen untuk menimbulkan rasa ingin tahu kanak-kanak.
    c. Mengandungi perulangan rima dan frasa yang menarik supaya senang kanak-kanak mengingatinya dan menimbulkan rasa seronok.
    d. Bahasa yang mudah tetapi menarik
    e. Mengandungi pengajaran agama serta dapat memupuk unsur-unsur moral yang baik
    f. Watak yang tidak terlalu ramai, serta mudah difahami oleh kanak-kanak.

    Minggu terakhir di PRA sekolah , SKGJI






    ABC

    Doa-doa Harian